Saturday, June 27, 2015

Menu Berbuka

Salam 10 ramadhan...


Ini entry untuk pertama kali bulan ramadhan.Banyak kali draft tapi tak publish..hahahaa. Sungguh, sebenarnya masa sgt mencemburui ummi...Bukan saja kesibukan dalam urusan harian tetapi  bulan Ramadhan yang mulia ini  adalah bulan mengejar amalan berganda-ganda. Selain bertadarus, menunaikan solat terawih adalah satu amalan yang sunat dibuat. Hari ke 2 Ramadhan, kami sekeluarga berkesempatan ke Masjid Al-Mizan Putrajaya a.k.a Masjid Besi, solat isya dan terawih di sana. Alhamdulillah, 'Aisy Hayyan sangat -sangat baik,syukur dapat berjemaah di Masjid Besi (duk tiup2 ubun sambil bisik,tolong ummi, ummi nak solat terawih).

Alhamdulillah, sepanjang ramadhan ni, menu berbuka semua ummi masak sendiri . Kuih-muih je kena beli sebab dua anak teruna ummi (rasa macam aku dah tua sangat hihihi), 'Aisy Haykal dan 'Aisy Harraz berpuasa dan bila dua-dua ada citarasa berbeza pitam ummi kat dapo kalu nak masak 2-3 jenis kuih dalam masa 1jam. Biasa ummi amik masa 1jam je kat dapoooo untuk memasak,mengemas dan susun atur hidangan, bab menyapu dan mengemop lantai, semua Incik B akan urusakan. Alhamdulillah, dikurniakan suami yang sangat baik dan menjadi tulang belakang ummi. Janji 7.15 malam tu, dapur akan kemas seperti sedia kala dan menu berbuka telah sedia dihidang. Nasib Incik B sangat memahami dan biasa Incik B akan cakap, kite singgah je Desa Pinggiran ( Bazar yang dekat dengan rumah dan harga masih boleh terima dek akal walau ia di pinggiran Putrajaya) beli kuih untuk anak-anak. Sekurang-kurangnya anak-anak akan rasa berpuasa dan gembira lah....Ok, Ummi kongsikan menu dari Hari Ke 5 Ramadhan hingga ke  9 Ramadhan..



5 Ramadhan...


Nasi Kerabu Ummi

Menunya : 


Nasi Kerabu (Saja kalerkan warna kuning )

Sambal Tumis
Kelapa Goreng
Ikan Goreng Tepung
Daging Bakar
Telur Masin
Budau & Air Lada



6 Ramadhan (tak sempat nak snap gamba..maaf yer,just share apa yang ummi masak....)


Nasi Puteh

Ikan Singgang
Ayam Kampung Percik
Ayam Kampung Goreng
Sayur Campur

7 Ramadhan (ni pun xsempat sanp gamba)


Nasi Putih

Telur Itik Masak Lemak Cili Api
Ikan Kembung Goreng
Sayur Brokoli dan Carrot Goreng
Tempe dan Tahu Goreng Cili


8 Ramadhan 



Simple kan...


menu:


Nasi Putih,

Ikan Bawal masak masam manis
Ikan Bawal Goreng
Sayur Bayam Merah
Sotong Goreng Kunyit
Air Lai Chi Kang (terlebih masa)


9 Ramadhan 


Yeayyyyy,cuti masak berbukaaa sebab berbuka di surau rumah. Menu ialah nasi beriani. Malam balik dari surau, tetap kena masak sebenarnya...masak untuk sahur. Menu simple je masa sahur


Nasi Putih

Sayur Sup Campur
Ayam Goreng
Ayam Masak Berlada
Overnight Oat (nnati ummi share resepi lain kali)

Masakan semua yang mudah je janji sedap. Paling haru dan  kembang jap bila Haykal dan Harraz sebut,sedap lah ummi masak...bulan puasa ni ummi masak sedap dari hari biasa, hahahaaa, sebabnya,hari-hari biasa ummi akan masak jugak tapi cuma 2 lauk sahaja biasanya 1 lauk sayur & 1 lagi Ikan / Ayam/ Udang / Sotong / Daging..Ramadhan ini bukan saja nak masak berlebihan, tapi bila tengok Incik B & anak-anak makan, Ya Allah,serunuk.Alhamdulillah, lauk dan nasi setiap hari habis tawwwww.....eh, tu belum tengok lagi Hayyan yang makan...lagi haru mata ummi...


Jumpa lagi next entry,tips masak cepat.




Thursday, January 15, 2015

15.01.2015

Alhamdulillah....
Syukur Allah masih beri ummi menghirup udara segar & masih bernafas
maka, in shaa Allahm masih berkesempatan untuk membuat segala amalan, wajid & sunat. Berterusan meminta hati ini beristiqamah.

Sebenarnya dah dua (2) hari hati ni gundah gulana,fkir tidak menentu, kije kat tepi meja menanti
tapi mood itu pergi berlari lari , bila nak kejar semula masih xdapat2..hahaahahaa. Rase mcm ada batu berat mengikat badan, maknanya kuat sungguh syaitan menghasut kan..Nahuzubillah. 

Hari ini,khamis dan In shaa Allah ...berusaha menghabiskan puasa yang berbaki  21hari lagi.Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik , kudrat yang kuat untuk menghabiskan 21 hari lagi puasa ganti & rezeki susu 'Aisy Hayyan yang sentiasa ada dalam tempoh nak mengqadakan puasa ni. Maklumlah, 24 Hari puasa ramadhan yang lepas  masih dalam tempoh nifas @ berpantang bersalinkan hayyan.Rezeki berpantang di bulan puasa. Redha kerana Allah tahu kemampuan dan ummi dipilih melalui saat indah itu dalam ramadhan yang lalu.Aturan Allah itu sangat indah untuk hambanya..

kerja-kerja yang sedia menanti

Sesampainya di ofis tadi, terus ummi pum susu, terus stat menyemak dokumen untuk diserahkan kepada staf..memang niat untuk laksanakan kerja-kerja di awal pagi hari ni. Rezeki susu ummi di awal pagi selepas menyusukan hayyan dalam perjalanan ke ofis.Hari ni juga, Ummi ada satu azam dan semangat baru..nanti Ummi sharekan, in shaa Allah. Sekarang niat dan keinginan menulis semakin kuat. Berusaha menulis untuk kebaikan , menulis untuk perkongsian dan menulis untuk melahirkan rasa kecintaan pada pencipta,pada kesayangan2 ummi.. (ada rase sedikit sebak).

rezeki susu hari ini .yang kiri tu sikit tauuu
sbb lepas df hayyan otw ke ofis


Tuesday, January 13, 2015



Bermulalah rutin Ummi
Anakanda 'Aisy Hayyan -Nasi Bubur dan purinya (carrot & brokoli 1sr trial)
Anakanda 'Aisy Haykal & ' Aisy Harraz
Breakfast+bekal sekolahl+lunch....
(Mulalah kekeringan idea nk masak apa pasni)
Esok..stat ummi bersilat di dapur pagi2 masak& handle ebm hayyan.Walid pula akan uruskan ketiga tiga Anakanda 'Aisy Kami,kejut bangun pagi,mandi,solat subuh ,pakai baju& suap makan.'Aisy Hayyan yg tdo pun walid akan kejut mandi,urut bagai lagi..apa yg penting kerjasama tau. Hihihi... sebenarnya, part masak tu mudah cuma selera masing2 bkn senang nak dipenuhi esp 'Aisy Haykal yg memang akan dibekalkan mkn& mnum ke sekolah..sbb rm2 je bekalan kami utk Haykal setiap hari & alhamdulillah 2014 Haykal dah d ajar menabung setiap duit yg xdibelanjakan.Azam tahun ni xnak belanja katanya, nak kumpul duet g kidzania.Harraz pun mulah nak menabung jugak..sok,kena beli tabung 2015 setiap sorang. Alhamdulillah,sekurangnya di kidzania aritu ada benda yg anak2 belajar dan ianya sesuatu yg sangat beharga iaitu..bkn mudah mencari duittt!!!!

menu 1st day breakfast & luch..


Sebagai pembuka tirai 
setelah hampir 5 tahun
blog ummi bersarang tanpa sebarang cerita
semangat nak bercerita sangat tinggi dan...
nukilan ini pembuka ceritaaa.......

Selamat Tinggal 2014 Yg penuh 1001 cerita & dugaan... Itulah nama sebuah kehidupan.. Pentadbirnya telah aturkan terbaik buat UmatNya...
Selamat Datang 2015 Kami HambaMu berdoa.. Semoga beri 1001 sinar Kebahgiaan & Kegembiraan Walau tau..selayaknya Allah telah Aturkan terbaik buat UmatNya.. Itu semua Rahsia AllahWalau jalan penuh berliku di hadapan... Hidup perlu diteruskan...
Seperti Hayyan... Yg sedang menerokai dunianya.. Bermula dari meniarap,merangkak (jarang2) dan duduk.. Walau acapkali jatuh.. Walau acapkali sakit tersemban dilantai Hayyan xserikkk..... Begitulah jua kita dlm kehidupan Perlu bangun selepas jatuh Perlu berdiri selepas di uji Perlu bangkit utk terus ke hadapan
ALLAH, Berkati kami sekeluarga dan seluruh umat islam... Kurniakan kami rezki kesihatan yg baik agar dpt terus beribadat & beramal kepadaMu & Bukakan lah pintu rezki dari pelbagai sudut seluas luasnya buat kami.. aamiin3x...



Anakku...begitulah adat kehidupan...
sakit dan jatuh asam garam hidup
perlu tersemban tersungkur nak..
agar kamu tahu
bila kukuh berdiri
jgn lupa pada yg dibawah
  

Sunday, October 24, 2010

HARRAZ DISERANG DEMAM PANAS.....

Salam....





Rasenya hari ini baru ada  mood untuk start menulis..walau mood n ati ni masih xkeruan..ssh ati pikirkan keadaan Harraz..acc, Harraz warded 13 Oktober yang lepas slps kami jumpa pakar di Klinik Kanak-Kanak Annur, Bangi...Dr.R (Siti Arbaiyah)...masa tu suhu badan Harraz hampir cecah 40' ...n bayangkan lah ati ummi ni mcm mana....demi kebaikan Harraz kami ikut saje apa yang Dr akan buat asalakan Harraz cepat sihat (waktu tu pantang xhabis lagi.....terpaksa lupakan bertungku...hanya mampu pakai barut jer)..

(sedey sgt2 bila tgk keadaan Harraz waktu ni )




Add caption


Masa Dr.R amik darah  tu sayu je rasa ati..Alhamdulillah Harraz sangat baik..walau Dr R perlu amik masa untuk cari urat (kecik sangat..ssh nak cari) tapi die still bagi 'kijesama..sewaktu Dr masukkan jarum tu..hny bunyi...'hek..hek...n trus diam..seakan relakan Dr buat apa saje untuk dirinya....pastu Dr stat masukkan air....masa tu lagi rasa sebak yang xtahan...lbh lagi bila Abg Haykal cakap...'Ummi pegang tangan abg yer...pegang kuat2..sian adik..seolah Haykal tahu perasaan ummi masa tu...kalaulah sakit tu blh di 'pass' biar ummi jadi galang gantinya....pas dah sudah semua tu..kami pun makan..(dari pagi - lah jam 2.00pm..kami xmakan)..pastu hubby balik amik baju kami bertiga n amik gl d opis nyer..pas Harraz n Haykal tdo...ummi pun nak tdo tak blh (breast dah penuh susu..tgu hubby dtg bawak pam...baju habis basah dek susu yang tumpah..)ape ke lagi amek gambo ank2 yang lena diulit mimpi..





bile ank2 tdo blh la layan tv n still tgu hubi..kol 630 baru sampai..Haykal n Harraz dah bangun pun.sblm tu layan je lah Haykal yang sememang nyer suke berposing...Layan...

(Harraz dah xlarat..tapi Haykal nak jgk posing ngan adik)


(Haykal dah bosan..)


(boring nyer..cepatlah Walid dtg..bwk sus n kitkat)