Thursday, January 15, 2015

15.01.2015

Alhamdulillah....
Syukur Allah masih beri ummi menghirup udara segar & masih bernafas
maka, in shaa Allahm masih berkesempatan untuk membuat segala amalan, wajid & sunat. Berterusan meminta hati ini beristiqamah.

Sebenarnya dah dua (2) hari hati ni gundah gulana,fkir tidak menentu, kije kat tepi meja menanti
tapi mood itu pergi berlari lari , bila nak kejar semula masih xdapat2..hahaahahaa. Rase mcm ada batu berat mengikat badan, maknanya kuat sungguh syaitan menghasut kan..Nahuzubillah. 

Hari ini,khamis dan In shaa Allah ...berusaha menghabiskan puasa yang berbaki  21hari lagi.Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik , kudrat yang kuat untuk menghabiskan 21 hari lagi puasa ganti & rezeki susu 'Aisy Hayyan yang sentiasa ada dalam tempoh nak mengqadakan puasa ni. Maklumlah, 24 Hari puasa ramadhan yang lepas  masih dalam tempoh nifas @ berpantang bersalinkan hayyan.Rezeki berpantang di bulan puasa. Redha kerana Allah tahu kemampuan dan ummi dipilih melalui saat indah itu dalam ramadhan yang lalu.Aturan Allah itu sangat indah untuk hambanya..

kerja-kerja yang sedia menanti

Sesampainya di ofis tadi, terus ummi pum susu, terus stat menyemak dokumen untuk diserahkan kepada staf..memang niat untuk laksanakan kerja-kerja di awal pagi hari ni. Rezeki susu ummi di awal pagi selepas menyusukan hayyan dalam perjalanan ke ofis.Hari ni juga, Ummi ada satu azam dan semangat baru..nanti Ummi sharekan, in shaa Allah. Sekarang niat dan keinginan menulis semakin kuat. Berusaha menulis untuk kebaikan , menulis untuk perkongsian dan menulis untuk melahirkan rasa kecintaan pada pencipta,pada kesayangan2 ummi.. (ada rase sedikit sebak).

rezeki susu hari ini .yang kiri tu sikit tauuu
sbb lepas df hayyan otw ke ofis


Tuesday, January 13, 2015



Bermulalah rutin Ummi
Anakanda 'Aisy Hayyan -Nasi Bubur dan purinya (carrot & brokoli 1sr trial)
Anakanda 'Aisy Haykal & ' Aisy Harraz
Breakfast+bekal sekolahl+lunch....
(Mulalah kekeringan idea nk masak apa pasni)
Esok..stat ummi bersilat di dapur pagi2 masak& handle ebm hayyan.Walid pula akan uruskan ketiga tiga Anakanda 'Aisy Kami,kejut bangun pagi,mandi,solat subuh ,pakai baju& suap makan.'Aisy Hayyan yg tdo pun walid akan kejut mandi,urut bagai lagi..apa yg penting kerjasama tau. Hihihi... sebenarnya, part masak tu mudah cuma selera masing2 bkn senang nak dipenuhi esp 'Aisy Haykal yg memang akan dibekalkan mkn& mnum ke sekolah..sbb rm2 je bekalan kami utk Haykal setiap hari & alhamdulillah 2014 Haykal dah d ajar menabung setiap duit yg xdibelanjakan.Azam tahun ni xnak belanja katanya, nak kumpul duet g kidzania.Harraz pun mulah nak menabung jugak..sok,kena beli tabung 2015 setiap sorang. Alhamdulillah,sekurangnya di kidzania aritu ada benda yg anak2 belajar dan ianya sesuatu yg sangat beharga iaitu..bkn mudah mencari duittt!!!!

menu 1st day breakfast & luch..


Sebagai pembuka tirai 
setelah hampir 5 tahun
blog ummi bersarang tanpa sebarang cerita
semangat nak bercerita sangat tinggi dan...
nukilan ini pembuka ceritaaa.......

Selamat Tinggal 2014 Yg penuh 1001 cerita & dugaan... Itulah nama sebuah kehidupan.. Pentadbirnya telah aturkan terbaik buat UmatNya...
Selamat Datang 2015 Kami HambaMu berdoa.. Semoga beri 1001 sinar Kebahgiaan & Kegembiraan Walau tau..selayaknya Allah telah Aturkan terbaik buat UmatNya.. Itu semua Rahsia AllahWalau jalan penuh berliku di hadapan... Hidup perlu diteruskan...
Seperti Hayyan... Yg sedang menerokai dunianya.. Bermula dari meniarap,merangkak (jarang2) dan duduk.. Walau acapkali jatuh.. Walau acapkali sakit tersemban dilantai Hayyan xserikkk..... Begitulah jua kita dlm kehidupan Perlu bangun selepas jatuh Perlu berdiri selepas di uji Perlu bangkit utk terus ke hadapan
ALLAH, Berkati kami sekeluarga dan seluruh umat islam... Kurniakan kami rezki kesihatan yg baik agar dpt terus beribadat & beramal kepadaMu & Bukakan lah pintu rezki dari pelbagai sudut seluas luasnya buat kami.. aamiin3x...



Anakku...begitulah adat kehidupan...
sakit dan jatuh asam garam hidup
perlu tersemban tersungkur nak..
agar kamu tahu
bila kukuh berdiri
jgn lupa pada yg dibawah