Alhamdulillah....
Syukur Allah masih beri ummi menghirup udara segar & masih bernafas
maka, in shaa Allahm masih berkesempatan untuk membuat segala amalan, wajid & sunat. Berterusan meminta hati ini beristiqamah.
Sebenarnya dah dua (2) hari hati ni gundah gulana,fkir tidak menentu, kije kat tepi meja menanti
tapi mood itu pergi berlari lari , bila nak kejar semula masih xdapat2..hahaahahaa. Rase mcm ada batu berat mengikat badan, maknanya kuat sungguh syaitan menghasut kan..Nahuzubillah.
Hari ini,khamis dan In shaa Allah ...berusaha menghabiskan puasa yang berbaki 21hari lagi.Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik , kudrat yang kuat untuk menghabiskan 21 hari lagi puasa ganti & rezeki susu 'Aisy Hayyan yang sentiasa ada dalam tempoh nak mengqadakan puasa ni. Maklumlah, 24 Hari puasa ramadhan yang lepas masih dalam tempoh nifas @ berpantang bersalinkan hayyan.Rezeki berpantang di bulan puasa. Redha kerana Allah tahu kemampuan dan ummi dipilih melalui saat indah itu dalam ramadhan yang lalu.Aturan Allah itu sangat indah untuk hambanya..
![]() |
| kerja-kerja yang sedia menanti |
Sesampainya di ofis tadi, terus ummi pum susu, terus stat menyemak dokumen untuk diserahkan kepada staf..memang niat untuk laksanakan kerja-kerja di awal pagi hari ni. Rezeki susu ummi di awal pagi selepas menyusukan hayyan dalam perjalanan ke ofis.Hari ni juga, Ummi ada satu azam dan semangat baru..nanti Ummi sharekan, in shaa Allah. Sekarang niat dan keinginan menulis semakin kuat. Berusaha menulis untuk kebaikan , menulis untuk perkongsian dan menulis untuk melahirkan rasa kecintaan pada pencipta,pada kesayangan2 ummi.. (ada rase sedikit sebak).
![]() |
| rezeki susu hari ini .yang kiri tu sikit tauuu sbb lepas df hayyan otw ke ofis |


No comments:
Post a Comment