Tuesday, January 13, 2015

Sebagai pembuka tirai 
setelah hampir 5 tahun
blog ummi bersarang tanpa sebarang cerita
semangat nak bercerita sangat tinggi dan...
nukilan ini pembuka ceritaaa.......

Selamat Tinggal 2014 Yg penuh 1001 cerita & dugaan... Itulah nama sebuah kehidupan.. Pentadbirnya telah aturkan terbaik buat UmatNya...
Selamat Datang 2015 Kami HambaMu berdoa.. Semoga beri 1001 sinar Kebahgiaan & Kegembiraan Walau tau..selayaknya Allah telah Aturkan terbaik buat UmatNya.. Itu semua Rahsia AllahWalau jalan penuh berliku di hadapan... Hidup perlu diteruskan...
Seperti Hayyan... Yg sedang menerokai dunianya.. Bermula dari meniarap,merangkak (jarang2) dan duduk.. Walau acapkali jatuh.. Walau acapkali sakit tersemban dilantai Hayyan xserikkk..... Begitulah jua kita dlm kehidupan Perlu bangun selepas jatuh Perlu berdiri selepas di uji Perlu bangkit utk terus ke hadapan
ALLAH, Berkati kami sekeluarga dan seluruh umat islam... Kurniakan kami rezki kesihatan yg baik agar dpt terus beribadat & beramal kepadaMu & Bukakan lah pintu rezki dari pelbagai sudut seluas luasnya buat kami.. aamiin3x...



Anakku...begitulah adat kehidupan...
sakit dan jatuh asam garam hidup
perlu tersemban tersungkur nak..
agar kamu tahu
bila kukuh berdiri
jgn lupa pada yg dibawah
  

No comments:

Post a Comment